mutakhir

Ahmad Zahid juga mahu RCI buat Adib

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Katanya, RCI perlu ditubuhkan bukan saja bagi menyiasat unsur jenayah dalam kematian anggota bomba itu, tetapi juga menyiasat rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

“RCI mesti ditubuhkan untuk siasatan menyeluruh terhadap kematian Muhammad Adib dan kejadian rusuhan di kuil berkenaan.

“Ia bukan sekadar siasatan jenayah tetapi juga kenyataan pembohongan oleh sekumpulan orang yang menggunakan agama untuk seleweng fakta.

“Keadilan untuk Muhammad Adib mesti ditegakkan,” katanya menerusi akaun Twitternya, hari ini.

Lagi berita berkaitan Allahyarham Muhammad Adib

Disiarkan pada: December 18, 2018 @ 7:06pm
d