mutakhir

Mujur kena but kereta

Oleh Nor Azizah Mokhtar

WANITA terselamat selepas pokok tumbang menghempap but kereta Renault Fluence dipandunya dalam kejadian di Jalan DM1, Taman Desa Country Homes di Rawang, hari ini.

Bomba yang menerima laporan kejadian pada 5.06 petang, menghantar satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bersama lima anggota untuk kerja menyelamat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Noor Fazida Tina Mohamad Noor berkata, ketika anggota bomba sampai ke lokasi, mangsa sudah berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Wanita itu bernasib baik kerana batang pokok yang tumbang itu mengenai bahagian but kenderaannya

“Kita seterusnya membuat kerja memotong dan mengalihkan batang pokok yang tumbang dengan menggunakan gergaji rantai dan parang,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Difahamkan, pokok berkenaan tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan itu bermula sekitar 4.30 petang.

Disiarkan pada: December 18, 2018 @ 8:38pm
d