mutakhir

Tabung Wira Merah PB Muhammad Adib diwujudkan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menubuhkan Tabung Wira Merah PB Muhammad Adib bagi membolehkan orang awam menghulurkan sumbangan.

Bahagian Pengurusan Korporat JBPM dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada waris Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

“Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan kepada keluarga Muhammad Adib boleh menyalurkannya melalui cek, tunai dan pindahan dana elektronik (EFT) menerusi akaun Akauntan Negara Malaysia - KPKT- T ke akaun bernombor 16010000876715 Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan catatan Wira Merah Adib.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JBPM di talian 013-2488994 atau 03-88927652,” katanya.

Lagi berita berkaitan Allahyarham Muhammad Adib

Disiarkan pada: December 18, 2018 @ 8:43pm
d