mutakhir

Warga emas maut

Oleh Khalid Latip

LELAKI warga emas maut selepas Perodua Viva yang dipandunya bertembung lori di Jalan Pakan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Ketit Beti, 70, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan sementara isterinya berusia 64 tahun terselamat dan dikejarkan ke Klinik Pakan untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pasangan itu dipercayai dalam perjalanan dari Julau menghala ke Pakan manakala lori datang dari arah bertentangan.

“Bagaimanapun, kenderaan yang dinaiki mangsa bertembung dengan lori terbabit sebaik sahaja tiba di tempat kejadian,” katanya kepada NSTP.

Beliau berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.21tengah harisebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki terbabit tersepit di tempat duduk pemandu dan pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong bahagian kereta yang remuk untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang dipanggil ke lokasi sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Sarikei.

“Pemandu lori yang berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

tamat

From: Ekh1

Disiarkan pada: December 19, 2018 @ 4:27pm
d