mutakhir

'Banyak pulak orang RT'

Oleh Wartawan NSTP

STATUS Rafizi Ramli menjelaskan pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar dan Khairy Jamaluddin di restoran di Bangsar, semalam yang hanya sembang-sembang biasa, terus mendapat perhatian netizen.

Sehingga 5.30 petang tadi, catatan beliau yang turut dikongsikan Nurul Izzah di Twitternya, mendapat lebih 4.1 juta pengikut akaun menciap ulang (retweet) dan 3.7 juta ‘likes’.

Dalam komen balas di Twitter Nurul Izzah, Rafizi secara berseloroh berkata: "Banyak pulak orang RT (Retweet). Masa aku tweet serius, takde pulak nak RT."

Komen balasnya itu mendapat 70 komen, 632 retweet dan 1.4 juta likes.

Netizen @Minaabrahim7 membalas komen Rafizi dan mencadangkan banyak aplikasi filter yang boleh digunakan untuk mengedit gambar untuk tampak lebih cantik atau kurus di media sosial.

"Jgn lupa, nowadays byk filter cute2, then siap blh edit beauty lg, if nak kuruskan muka pon boleh," tweetnya.

Rafizi dalam nada bergurau meminta netizen berkenaan: "Tolong PM tepi, mcm mana nak bg kurus dlm gambar".

Netizen @Charles_CWY mengusik Rafizi dengan gurauan berbaur "@rafiziramli

Saya masih ingat pada hari PRU 14, awak telefon saya untuk ingatkan saya keluar mengundi.

"Masa tu saya fikir: Wow, matangnya suara awak, seksi..".

Tweet itu turut mendapat komen balas Rafizi, yang menyifatkan kenyataan itu berbahaya.

Netizen @fariezzz pula bertanyakan gambar selfie dengan KJ, dengan versi selepas diajar filter, yang akhirnya mendorong netizen lain memuatnaik sekeping gambar yang telah diedit.

Sementara itu, Netizen Hamadi87948208, memberi maklum balas positif dengan menyifatkan, "You all bertiga adalah masa depan negara. Semuga suatu masa nanti kamu bertiga meneraju negara ke arah alaf baru.

Manakala, Neil Obrien Anak Josephsanggup bersama-sama tiga pemimpin muda itu, jika sekiranya hasrat menubuhkan parti politik baharu untuk golongan muda direalisasikan.

"Hahhahahaha! Nice one but seriously, i'll join if the three of you form an alliance. Many would," tweetnya.

Tidak ketinggalan membalas komen berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Pandan dalam akaun Twitternya berkata, mereka tidak berbincang mengenai politik atau cadangan menubuhkan parti atau menyertai parti politik lain.

Rafizi menulis mereka hanya berkongsi cerita biasa dan meluangkan masa makan tengah hari bersama-sama.

Berita berkaitan:

  • Nurul Izzah, Khairy minum sama ditemani Rafizi
  • Disiarkan pada: December 19, 2018 @ 8:09pm
    d