mutakhir

Korban tsunami Sunda meningkat 43 orang [METROTV]

Oleh Reuters

JAKARTA: Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 43 orang serta mencederakan 584 orang.

“Kami merumuskan laporan tsunami di Selat Sunda, melanda kawasan Serang, Pandeglang dan Lampung Selatan,” kata jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho kepada Metro TV, hari ini.

Menurut Sutopo, gelombang tsunami itu dipercayai mempunyai kaitan dengan letusan awal gunung berapi Anak Krakatau.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku malam semalam, beratus-ratus rumah rosak dan dua orang dilaporkan hilang.

Lagi berita berkaitan Tragedi Tsunami Sunda

Disiarkan pada: December 23, 2018 @ 9:46am
d