mutakhir

10 bilik sewa musnah terbakar

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SEBANYAK 10 bilik sewa di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Cemur Off Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 2.16 petang tadi.

“Seramai 25 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Sentul dan BBP Titiwangsa dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati api sedang marak sebelum kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, kebakaran itu membabitkan 10 bilik sewa di tingkat tiga bangunan berkenaan yang musnah 100 peratus dalam kejadian terbabit.

“Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu berikutan semua penghuni keluar bekerja. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: December 24, 2018 @ 4:45pm
d