mutakhir

Buruh maut jatuh lubang lif

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

SEORANG buruh warga Bangladesh maut selepas terjatuh dalam lubang lif dari tingkat tiga di tapak pembinaan bangunan yang hampir siap di Seri Manjung, Manjung, hari ini.

Mangsa berusia 32 tahun dipercayai sedang melakukan kerja di tingkat atas bangunan terbabit sebelum terjatuh dan pasukan bomba dihubungi bagi operasi menyelamat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Zabudin Mat Rose berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.40 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati mangsa terjatuh dalam lubang lif yang dianggarkan sedalam kira-kira 3.6 meter dan tidak sedarkan diri.

“Bomba mengambil masa selama kira-kira 20 minit untuk membawa mangsa keluar daripada lubang lif berkenaan dengan menggunakan tali.

“Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Katanyam, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: December 24, 2018 @ 6:44pm
d