mutakhir

Kedai alat ganti kereta hangus

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

SEBUAH kedai menjual alat ganti kereta musnah dalam kebakaran di Kampung Bechah Kura, Peringat, Kota Bharu, semalam.

Kebakaran berlaku jam 8.10 malam menyebabkan premis berkenaan musnah lebih 80 peratus.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh Yazulia Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.14 malam dan seramai 12 anggota dari BBP Pasir Tumboh dan Ketereh bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati api sedang marak membakar struktur kedai yang dibina daripada kayu dan batu-bata.

“Pihak bomba mengambil masa selama 30 minit memadamkan api dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: December 25, 2018 @ 2:58pm
d