mutakhir

Nenek, cucu dikebumi satu liang lahad [METROTV]

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

JENAZAH nenek dan cucu yang meninggal dunia dalam kemalangan di Rompin, semalam, dikebumikan dalam satu liang lahad di Johor Bahru, hari ini.

Rakiah Mat, 64, dan Aidil Ashraff Rizuan, 5, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Mukim Tebrau, Taman Istimewa, Pandan, 6.50 petang ini.

Kira-kira 50 ahli keluarga, saudara dan rakan hadir ke majlis pengebumian itu.

Dalam kejadian 11.50 malam di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin itu, tiga sekeluarga termasuk Rakiah dan Aidil Ashraff meninggal dunia.

Ia selepas Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres.

Turut meninggal dunia, bapa saudara kanak-kanak itu, Rosli Mat Daud, 38,.

Bapa Aidil Ashraff, Rizuan Mat Daud, 34, yang memandu kereta itu parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Sementara itu, ibu kepada Allahyarham Aidil Ashraff, Fazillah Ahmad, 34, ketika ditemui berkata, dia masih memantau keadaan kesihatan suaminya (Rizuan).

"Saya tengok macam mana dulu (keadaan suami) dalam tiga hari ini, saya pun tidak tahu lagi keadaannya. Sebab saya nak selesaikan yang di sini dulu (pengebumian jenazah anak dan ibu mentua).

"Kawan beritahu, suami tidak sedar lagi, keadaannya 50-50," katanya yang turut mengharapkan doa supaya suaminya kembali sembuh.

Difahamkan, jenazah Rosli dikebumikan di FELDA Papan Timur, Kota Tinggi.

Berita berkaitan:

  • 'Mak... mak... mak'
  • 'Mama, nak kek Upin Ipin'
  • Tiga sekeluarga ajal bersama
  • Disiarkan pada: December 26, 2018 @ 8:43pm
    d