mutakhir

Terjatuh dari ketinggian enam meter

Oleh Hamzah Osman

PELANCONG lelaki warga Switzerland cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti ‘parasailing’ (paralayar) di Pantai Chenang, Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Vigji, 25, dilaporkan terjatuh ke pantai, dari ketinggian enam meter.

Pegawai Latihan dan Operasi/Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Langkawi, Leftenan (PA) Md Saifudin Saad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian, pada 3.40 petang.

Beliau berkata, susulan itu, lima anggota dikejarkan ke lokasi untuk memberi bantuan kecemasan.

“Sejurus tiba, anggota mendapati tulang bahu kiri mangsa tercabut sebelum dia diberi rawatan awal," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Md Saifudin berkata, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Maliha di pulau itu.

Disiarkan pada: December 28, 2018 @ 9:44pm
d