mutakhir

Media Prima ungguli MAKK

Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

KUMPULAN Media Prima Berhad mengungguli Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) anjuran Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), di Kota Bharu, malam tadi.

Wartawan Berita Harian, Mohd Zulkifli Zainuddin memenangi Kewartawanan Terbaik KEMUDI-C2Joy dan tempat kedua Anugerah Khas Pilihan Penaja menerusi laporan khas bertajuk 'Kelantan lambakan pil kuda'.

Mohd Zulkifli juga memenangi Berita Akhbar Terbaik yang membolehkannya menerusi laporan khas bertajuk 'Lembu seludup dikhuatiri bawa penyakit'.

Wartawan sambilan Harian Metro, Mohd Zulhairie Manzaidi mendapat tempat kedua, manakala wartawan sambilan Berita Harian, Siti Rohana Idris memperoleh tempat ketiga bagi kategori sama.

Wartawan New Straits Times, Sharifah Mahsinah Abdullah memenangi tempat pertama bagi kategori Berita Media Sosial terbaik, manakala Jurukamera The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Nik Abdullah Nik Omar membolot kategori Foto Terbaik.

Wartawan Harian Metro, Mohamaad Razis Ismail pula merangkul tempat ketiga bagi kategori Rencana Akhbar terbaik dengan tajuk 'Permata Asia Tenggara'.

Selain itu, wartawan TV3, Shahnun Hanif Suhaimi dan juruvideonya, Mohd Azalie Mohd Ayob memenangi Anugerah Khas Pilihan Penaja.

Mereka juga memenangi tempat pertama dan kedua bagi Anugerah Berita TV serta Laporan Khas TV.

Mohd Azalie pula memenangi Anugerah Visual terbaik, manakala juruvideo TV9, Ahmad Faris Abdul Halim pula memperoleh tempat ketiga kategori Berita terbaik.

Majlis dirasmikan oleh Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.

Disiarkan pada: December 29, 2018 @ 12:40am
d