mutakhir

Mudahnya 'kirim' dadah...

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

KIRIM dadah guna bas ekspres. Itu modus operandi satu sindiket pengedaran dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa, di Kuching, sejak dua tahun lalu.

Taktik itu terbongkar selepas polis menahan dua suspek berusia 24 dan 25 tahun di sebuah rumah di Taman Hui Sing, jam 7.30 malam, kelmarin.

Di situ, polis turut merampas dadah pelbagai jenis di bernilai RM3,450.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superintendan Sahar Abdul Latif berkata, hasil soal siasat, suspek mengakui menerima bekalan dadah dari sindiket lain dari Sibu menggunakan bas ekspres.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis kemudian ke Terminal Bas Kuching Sentral.

“Polis mengesan bas ekspres dari Sibu yang tiba pada 10 malam, sebelum menemui bungkusan mengandungi ketamin daripada pemandu bas terbabit,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Sahar berkata, dalam serbuan sama, polis merampas dua Honda City, rantai dan cincin emas dengan jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan RM123,250.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek yang juga penganggur mengakui terbabit dengan pengedaran dadah di Kuching, sejak 2017.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Disiarkan pada: January 3, 2019 @ 10:44am
d