mutakhir

[UPDATE] Mufti jawab dalam kuliah malam ini...

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

MUFTI Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan memberikan penjelasan penuh mengenai pemecatan 25 orang imam kariah masjid di Perlis dalam kuliah khas selepas solat Maghrib di Masjid Alwi, Kangar, malam ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan berkata demikian ketika dihubungi NSTP melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

“InsyaAllah Mufti (Mohd Asri) akan jawab dalam kuliah dia malam ini di Masjid Alwi, Kangar,” katanya ringkas.

Hazman turut enggan mengulas lanjut mengenai tindakan pihaknya yang tidak menyambung kontrak lantikan imam di beberapa masjid selain melantik orang luar kawasan mengimamkan solat di masjid tertentu.

Selasa lalu, seramai 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat, manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat.

Surat yang dikeluarkan JAIPs bertarikh 31 Disember 2018 itu dilihat dibuat secara tergesa-gesa kerana tiada rekod rujukan pada bahagian atas surat ditulis, selain notis yang dikeluarkan itu dianggap terlalu singkat.

Berita berkaitan

'Hanya istana boleh lakukan' - Mufti Perlis

Perlis pecat 25 imam

Disiarkan pada: January 3, 2019 @ 4:19pm
d