mutakhir

Wujud pelan perkasa Orang Asli [METROTV]

Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Zahratulhayat Mat Ariff

Cameron Highlands: Kerajaan Persekutuan bercadang mewujudkan pelan pembangunan masyarakat Orang Asli yang komprehensif dalam memajukan masyarakat berkenaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan pelan berkenaan bagi memajukan masyarakat Orang Asli secara lebih berkesan.

“Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli daerah Cameron Highlands di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Ruil semalam.

Disiarkan pada: January 4, 2019 @ 10:27am
d