mutakhir

14 pelacur ditahan

Oleh Nur Aqidah Azizi

JABATAN Imigresen Negeri Sembilan menahan 14 wanita warga asing di dua rumah di Nilai semalam, dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Daripada jumlah itu, 13 adalah warga Indonesia dan seorang warga India.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Mohammed Khalil Ali berkata, dalam operasi itu, dua wanita, seorang warga tempatan dan seorang Indonesia, yang dipercayai ‘ibu ayam’ turut ditahan.

“Operasi itu dilakukan selepas jabatan menjalankan risikan selama sebulan. Kami mendapati terdapat wanita warga asing yang melakukan aktiviti pelacuran di rumah itu.

“Pelanggan, yang kebanyakannya adalah pekerja asing yang bekerja di kawasan sekitar dikenakan bayaran antara RM50 hingga RM100 untuk perkhidmatan itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Nilai, hari ini.

Beliau berkata, semasa operasi itu, jabatan Imigresen turut menemui wang tunai RM1,500 dan dan sejumlah kondom.

Kesemua warga asing yang ditangkap ditahan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Passport 1966, dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Manakala wanita warga tempatan yang menjadi ibu ayam ditahan di bawah Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: January 5, 2019 @ 2:23pm
d