mutakhir

Lelaki rentung

Oleh Nurul Amanina Suhaini

LELAKI rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer 14 Jalan Nitar - Mersing, dekat Mersing, hari ini.

Pada kejadian 4.45 petang itu, Mohamad Aslam Muhammad Nasir, 19, yang juga pemandu Perodua Alza maut di lokasi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa berkata, ketika kejadian, lori satu tan dari Mersing menuju ke arah Kluang bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

Beliau berkata, ia menyebabkan kereta itu hilang kawalan lalu memasuki laluan lori terbabit.

“Oleh kerana jarak terlalu dekat, pemandu lori tidak sempat mengelak lalu menyebabkan berlaku perlanggaran. Akibat dari perlanggaran terbabit, kedua-dua kenderaan terbakar.

“Pemandu dan kelindan lori sempat keluar, manakala pemandu kereta tidak sempat untuk keluar dari kenderaan yang terbakar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: January 5, 2019 @ 8:52pm
d