mutakhir

Cari waris kanak-kanak lelaki

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

WARIS kepada kanak-kanak lelaki yang diserahkan kepada keluarga angkat oleh seorang lelaki tujuh tahun lalu diminta tampil bagi membantu urusan pendaftaran kelahiran kanak-kanak itu.

Muhamad Rafael Qairish Abdullah, 7, kini tinggal bersama keluarga angkat, Hussain Din di Taman Perumahan Awam Tanah Merah, Jitra.

Muhamad Rafael diserahkan pengawal keselamatan dikenali Ali kepada Husain pada 30 Jun 2012 di Kampung Lubuk Kawah ketika baru lahir dan masih dalam keadaan berdarah serta belum dibersihkan.

Bagaimanapun maklumat berkaitan ibu bapa kandung kanak-kanak itu dirahsiakan oleh Ali malah usaha mengesan waris juga gagal menyebabkan sukar membuat urusan pendaftaran kelahiran.

Sehubungan itu, waris atau orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kubang Pasu Noor Faezah Fadzil atau Pelindung JKM Asmadi Zulkifli Ibrahim di talian 049171305.

Disiarkan pada: January 6, 2019 @ 7:12pm
d