mutakhir

Banglo musnah terbakar

Oleh Faris Fuad

SEBUAH banglo setingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Dataran Tunku, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul Timbalan Penguasa Bomba Mohd Hafizan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.45 pagi berhubung kejadian.

Katanya, pihaknya mengerahkan seramai 20 anggota dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Sri Hartamas dan BBP Taman Tun Dr Ismail ke lokasi kejadian.

“Rumah itu terbakar 70 peratus. Terdapat beberapa perabot seperti almari turut musnah dalam insiden itu, namun tiga kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah tidak terkesan.

“Hasil siasatan mendapati tiada penghuni di rumah itu dan ia diiklankan untuk dijual. Kita sudah berhubung dengan ejen hartanah untuk mengenal pasti pemilik rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketika ditanya sama ada wujud unsur khianat, katanya, pihaknya masih menyiasat perkara terbabit.

“Kita memberi ruang kepada pasukan forensik bomba untuk menyiasat dakwaan itu. Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: January 7, 2019 @ 10:57am
d