mutakhir

Maut tersepit

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

LELAKI maut akibat tersepit selepas Perodua Axia dipandunya bertembung dengan pikap di Kilometer 36, Jalan Nansang, Pakan, Sarikei di sini, hari ini.

Kemalangan jam 1.25 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Jalin Bungap, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.32 tengah hari sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, mangsa maut akibat tersepit dan pasukan bomba terpaksa menggunakan pemotong besi untuk mengeluarkannya.

Katanya, kereta dipandu mangsa bertembung sebelum terbabas ke bahu kanan jalan dan remuk menyebabkannya tersepit.

“Pasukan paramedik yang dipanggil ke lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Pemandu dan dua penumpang Toyota Hilux bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Sarikei bagi bedah siasat.

Disiarkan pada: January 8, 2019 @ 7:03pm
d