mutakhir

Edar buku teks DLP Tingkatan 3, Mac ini

Oleh Zanariah Abd Mutalib

PEMBEKALAN buku teks bagi Program Dua Bahasa (DLP) untuk semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga dan Sains Tingkatan Tiga akan dilaksanakan bermula Mac ini.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, kementerian kini dalam proses untuk menerbitkan buku berkenaan.

Kementerian itu menjelaskan, pembekalan buku teks bagi kedua-dua mata pelajaran itu tidak dapat disediakan pada awal sesi persekolahan berikutan perubahan untuk menambah baik sistem perolehan dan mengelakkan sistem rundingan terus sejak pertengahan tahun lalu.

“Justeru, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak terjejas, kementerian mengambil langkah alternatif sementara iaitu semua sekolah yang menawarkan DLP dibekalkan dengan cakera padat yang mengandungi empat bab awal buku teks subjek berkenaan untuk digunakan semasa proses PdP.

“Pautan itu juga sudah disediakan bagi membolehkan guru dan murid mengakses dan memuat turun bahan pembelajaran berkaitan DLP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kementerian Pendidikan berkata, pautan bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga adalah:

  • http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter1.pdf
  • http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter2.pdf
  • http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter3.pdf
  • http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Chapter4.pdf
  • http://bukutekskssm.my/Mathematics/F3/Answers.pdf
  • Bagi mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga katanya, pautan yang boleh diakses adalah

  • http://sasbadisb.com/download-centre/textbook.
  • Justeru, Kementerian Pendidikan meminta semua pentadbir sekolah menyebar luaskan maklumat berkenaan bagi memastikan guru dan murid memanfaatkan bahan yang disediakan untuk membantu proses PdP mata pelajaran DLP, terutama di sekolah menengah seluruh negara.

    Disiarkan pada: January 9, 2019 @ 3:06pm
    d