mutakhir

'Kebas sampai licin'

Oleh Mohd Rizal Abdullah

PELBAGAI barangan dalam sebuah kontena bernilai lebih RM70,000 lesap dilarikan individu tidak dikenali di Piasau Utara, di Miri malam semalam.

Kejadian disedari kira-kira jam 7 malam oleh pemilik kontena iaitu wanita berusia 40-an apabila mendapati kunci mangga kontena berkenaan dipecahkan

Sumber memberitahu NSTP, lebih mengejutkan semua barangan, termasuk 12 unit pendingin hawa, lima unit meja tahan karat dan kabinet dapur tahan karat dilarikan.

Katanya, kontena berkenaan berada di hadapan rumah mangsa sebelum dipindahkan ke premis perniagaan baharu mereka.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian lebih RM70,000,” katanya.

Katanya, laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Pusat Miri berhubung kejadian itu

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan laporan itu dan kes sedang disiasat.

Disiarkan pada: January 10, 2019 @ 2:22pm
d