mutakhir

Tun M tiba jumpa Sultan Johor

Oleh Junita Mat Rasid

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru jam 3.28 petang tadi bagi menghadiri pertemuan dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, di Istana Bukit Serene.

Ini ada kali pertama Perdana Menteri mengadakan pertemuan rasmi dengan Sultan Johor, sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas pertukaran kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Ia pertemuan tertutup antara Sultan Ibrahim dan Dr Mahathir.

Pertemuan itu dicadangkan Sultan Ibrahim sejak dua minggu lalu.

Dr Mahathir dijangka mengadakan sidang media bersama Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, selepas selesai pertemuan dengan Sultan Ibrahim.

Disiarkan pada: January 10, 2019 @ 4:21pm
d