mutakhir

Lelaki tampar juruwang wanita ditahan

Oleh Hadzlihady Hassan

LELAKI yang menampar juruwang wanita sebuah kedai serbaneka kerana tidak dibenarkan membeli tiga peket minyak masak ditahan polis di Jalan Nuri, Sungai Ara, Bayan Lepas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, suspek berusia 47 tahun dan bekerja sebagai peniga itu ditahan pada 2 petang.

“Setakat ini, suspek mengaku dia memukul mangsa kerana gagal mengawal kemarahan.

“Suspek yang berasal dari Butterworth itu akan direman di Mahkamah Balik Pulau esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi kelmarin di kedai serbaneka di Bayan Lepas, seorang wanita berusia 29 tahun ditampar di belakang kepala dan diugut suspek yang berang kerana tidak dibenarkan membeli tiga peket minyak masak.

Rakaman video mengenai kejadian berkenaan tular di media sosial sebelum lelaki berkenaan dikatakan melarikan diri dan bersembunyi.

Berita berkaitan

''Buh penampaq' kerana minyak...'

Disiarkan pada: January 10, 2019 @ 7:14pm
d