mutakhir

Kena tumbuk pandu lawan arus

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

PENUNTUT universiti cedera ditumbuk orang awam selepas memandu melawan arus akibat mabuk di Jalan Pinang, Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun menaiki kenderaan BMW memandu melawan arus.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa baru keluar dari berhibur di kelab malam.

“Lelaki berkenaan memandu kenderaan melawan arus sebelum merempuh kenderaan lain dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

“Ketika kejadian berlaku pergaduhan antara mangsa dan dua lelaki menyebabkan mangsa ditumbuk,”katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Shaharuddin berkata, kereta mangsa turut dipecahkan oleh beberapa lagi orang awam yang lain.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Disiarkan pada: January 12, 2019 @ 2:57pm
d