mutakhir

Pemandu mabuk ditahan

Oleh Norasikin Daineh

SEMBILAN pemandu termasuk seorang wanita ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk dalam Operasi Mabuk di Jalan Kota Kinabalu-Penampang, Penampang hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Deputi Superintendan Parum Niot berkata, operasi itu dilaksanakan IPK dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

“Operasi bermula jam 1 hingga 6 pagi ini dan 50 kenderaan serta 60 individu diperiksa.

“Pemeriksaan mendapati lapan lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan mereka akan dituduh mengikut Seksyen 45 A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, 49 saman dikeluarkan kepada pemandu atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Parum berkata, dalam operasi itu juga polis menahan seorang lelaki di bawah Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu.

Disiarkan pada: January 13, 2019 @ 3:08pm
d