mutakhir

[UPDATE] Damailah kau di sana... [METROTV]

Oleh Siraj Mohd Zaini dan Amirul Aiman Hamsuddin

SUASANA pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai, Kuala Selangor, hari ini ketika pengebumian Muhammad Aryan Iman Abdullah, 7, dan bapa saudaranya, Mohd Rozaini Ismail, 47.

Jenazah kedua-duanya disemadikan dalam satu liang lahad pada 2.30 petang.

Sebelum itu, ahli keluarga dan kenalan yang mengiringi pemergian dua bersaudara itu sukar menahan kesedihan atas apa yang berlaku

Masing-masing tidak menyangka kehilangan itu, namun reda.

Terdahulu, jenazah kedua-duanya tiba di Surau Al-Falah, Taman Sirambai untuk disembahyangkan, selepas selasai bedah siasat di Hospital Tanjung Karang.

Muhammad Aryan dan Mohd Rozani maut dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Kuala Selangor - Rawang berhampiran Jalan Teluk Piah, di Kuala Selangor selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar lori, pada 6.40 pagi.

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke sekolah. Sementara anak Mohd Rozaini, Muhammad Saifulbahari berusia tujuh tahun yang membonceng motosikal itu parah dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Berita berkaitan

Ajal sebelum sampai sekolah

Disiarkan pada: January 15, 2019 @ 4:16pm
d