mutakhir

Azeez, abang dibawa ke mahkamah

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

AHLI Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Datuk Abdul Latif dibawa keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, jam 7.40 pagi.

Kedua-dua mereka di bawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk berdepan pendakwaan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Abdul Azeez dan abangnya ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

SPRM dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya mendapat izin untuk mendakwa kedua-dua mereka daripada Pejabat Peguam Negara.

“Mereka akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Azeez pernah dipanggil memberi keterangan oleh SPRM berhubung siasatan kes tender projek kerajaan.

Malah, pada 15 September lalu, SPRM menahan Abdul Azeez dan abangnya serta seorang pengarah syarikat berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Disiarkan pada: January 16, 2019 @ 8:23am
d