mutakhir

Porsche Cayenne hangus

Oleh Faliq Lajim

PORSCHE Cayenne terbakar 80 peratus di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala ke Bandar Putra, dekat Shah Alam, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Andalas, Penolong Kanan Penguasa Bomba A Romzi Abu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.05 pagi.

Beliau berkata, sebaik sampai ke lokasi kejadian, anggota mendapati sebuah kereta terbakar pada bahagian enjin dan dalam kereta.

“Api dipadamkan sepenuhnya dalam masa 20 minit dengan kekuatan lima anggota.

“Menurut pemandu lelaki berusia 50-an, kebakaran itu bermula ketika dia melihat asap di bahagian ‘dashboard’ (papan pemuka) keretanya.

“Dia kemudian segera memberhentikan kenderaan itu di bahu jalan sebelum keluar dan menghubungi bomba,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada 12 tengah hari.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Disiarkan pada: January 17, 2019 @ 2:11pm
d