mutakhir

Mayat reput dalam kereta

Oleh Mohd Khidir Zakaria

MAYAT lelaki ditemui dalam keadaan sudah reput di dalam kereta di tepi Pantai Cahaya Negeri, Batu 4, Port Dickson, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat ditemui di tempat duduk penumpang hadapan kereta Proton Wira oleh orang awam pada 12.15 tengah hari.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai sudah meninggal antara dua hingga empat hari sebelum ditemui.

“Siasatan mendapati si mati adalah lelaki berketurunan Cina berusia 39 tahun beralamat di Banting, Selangor.

“Keadaan mayat berada di tempat duduk penumpang hadapan dalam keadaan terbaring. Mayat juga sudah berbau dan mula membengkak,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, setakat ini siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR) dan mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat,” katanya.

Disiarkan pada: January 17, 2019 @ 7:59pm
d