mutakhir

Kuching dilanda banjir kilat

Oleh Mohd Roji Kawi

KUCHING dilanda banjir kilat, hari ini selepas hujan lebat berterusan yang mengakibatkan beberapa laluan utama tenggelam.

Ia membabitkan Jalan Padang Merdeka, Jalan P.Ramlee, Jalan Gartak, Jalan Masjid dan Padungan.

Sehingga 5 petang, dua pusat pemindahan sementara turut dibuka di Kampung Sungai Batu dan Kampung Sungai Lumut di Santubong yang menempatkan 41 mangsa daripada lapan keluarga.

Tinjauan di lokasi mendapati, sistem perparitan tersumbat akibat projek pembangunan di Jalan Masjid, menyebabkan banjir lambat surut.

Terdapat juga beberapa kenderaan rosak selepas cuba meredah banjir.

Seorang saksi enggan dikenali berkata, air naik mendadak ketika dia melalui kawasan berkenaan selepas hujan lebat berterusan.

“Hujan bermula 4.30 dan air mula naik mendadak pada 5 petang. Ini yang menyebabkan beberapa kenderaan tersangkut di Jalan Padang Merdeka, Jalan Gartak dan Jalan Masjid,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya akan terus memantau kawasan rendah di pinggir bandar yang dikhuatiri terjejas.

Disiarkan pada: January 19, 2019 @ 7:00pm
d