mutakhir

[UPDATE] Operasi kesan kereta terhumban ke laut bermula

Oleh Shamsul Munir Safini dan Yusri Muzamir

EMPAT penyelam polis marin dibantu pasukan bomba mula menyelam bagi mencari dan mengesan kereta putih yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam di Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya sudah mendapatkan khidmat kren bagi membantu membawa naik kereta itu.

“Kami masih belum dapat memastikan jumlah penumpang kereta namun kesemua mereka dikhuatiri lemas.

“Polis dibantu pihak Jambatan Pulau Pinang mengesan kereta itu hasil rakaman komputer litar tertutup CCTV di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi tadi, kenderaan terbabit dipercayai tercampak ke dalam laut selepas terbabit kemalangan dengan Toyota Vios di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang arah Prai di sini.

Nik Ros Azhan berkata, Toyota Vios itu remuk di hadapan dan belakang, ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, hasil rakaman CCTV, polis mendapati sebuah lagi kereta berwarna putih merempuh bahagian belakang Toyota Vios.

Katanya, kereta putih itu merempuh pembahagi tengah jalan dan terbabas merempuh bahu jalan sebelum jatuh ke dalam laut.

“Kita bekerjasama dengan polis marin bagi misi mencari dan menyelamat.

“Bot digunakan di lokasi kejadian untuk mencari kenderaan terbabit,” katanya.

Berita berkaitan

Kereta tercampak ke dalam laut

Disiarkan pada: January 20, 2019 @ 11:18am
d