mutakhir

Bas HOHO operasi Mac ini di Ipoh

Oleh BERNAMA

PERAK akan memulakan operasi perkhidmatan bas persiaran dua tingkat, Hop-On Hop Off (HOHO) meliputi kawasan sekitar Ipoh sehingga ke destinasi tarikan pelancongan, Kellie Castle di Batu Gajah, sebelum Mac ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bas pelancongan berkonsep bumbung terbuka itu akan membawa pengunjung ke lokasi menarik di sekitar bandar raya serta menggalakkan kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri itu.

Katanya, operasi perkhidmatan itu akan dikendalikan syarikat swasta dilantik kerajaan negeri dengan pemberian insentif oleh kerajaan negeri untuk memulakan perkhidmatan itu.

“Kami berharap pendekatan ini memberi peluang kepada pelancong mengenali kawasan sekitar Ipoh dengan lebih dekat serta membantu kerajaan negeri menjana ekonomi melalui sektor pelancongan, ” katanya hari ini.

Disiarkan pada: January 21, 2019 @ 8:22pm
d