mutakhir

Cekup dua lelaki, seludup barang kawalan

Oleh Poliana Ronnie Sidom

PASUKAN Polis Marin (PPM) Sandakan menumpaskan cubaan dua lelaki termasuk seorang warga tempatan dipercayai cuba menyeludup keluar 2,500 liter minyak diesel dalam Ops Pensura di perairan Pulau Berhala, Sandakan, awal pagi, semalam.

Turut ditemui dalam bot yang dikendalikan lelaki warga Filipina itu ialah tujuh tong gas petroleum cecair (LPG), beberapa paket beras, gula tepung dan minyak masak.

Kejadian jam 5.30 pagi, sepasukan anggota PPM yang menjalankan rondaan memeriksa bot dinaiki kedua-dua suspek sebelum menemui pelbagai jenis barang kawalan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata, ketika diperiksa, juragan gagal menunjukkan surat pembelian barangan kawalan berjadual daripada

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Turut dirampas sebuah bot kayu dan enjin. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM42,430,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Disiarkan pada: January 23, 2019 @ 1:09pm
d