mutakhir

DBKL buka kaunter bayaran cukai taksiran

Oleh BERNAMA

BERSEMPENA Bulan Pembayar Cukai Taksiran, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka kaunter bayaran cukai taksiran di tiga pusat beli-belah sepanjang Februari ini.

Pengarah Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin dalam satu kenyataan hari ini berkata, kaunter bayaran itu akan dibuka di AEON Maluri Cheras; AEON Metro Prima Kepong dan Mid Valley Megamall, dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Sementara itu, sebuah kaunter bergerak akan turut dibuka di sebelah pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bandar Sri Permaisuri, Cheras, pada 1 Februari (minggu pertama); 11 hingga 15 Februari (minggu ketiga) dan 25 hingga 28 Februari (minggu kelima), bermula 9 pagi hingga 3 petang.

Kaunter bergerak itu juga akan dibuka di tempat letak kereta berhadapan pusat karaoke Superstar Family, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Seri Petaling pada 4 hingga 8 Februari dan 18 hingga 22 Februari.

Sebuah kaunter turut akan beroperasi di hadapan Bangunan Wisma Central, Jalan Ampang dari 9 pagi hingga 3 petang pada Isnin hingga Jumaat, sepanjang Februari.

“Kaunter bergerak juga akan dibuka di Joint Management Body (JMB) yang terpilih dan di hadapan Menara YTL Corporation, Jalan Bukit Bintang setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Februari dari 9 pagi hingga 6 petang.

“Kaunter ini dibuka khas untuk bayaran cukai taksiran sahaja dan warga kota digalakkan mengambil kesempatan itu untuk membayar cukai taksiran dengan mengemukakan bil ketika membuat pembayaran di kaunter,” katanya.

Disiarkan pada: January 24, 2019 @ 3:06pm
d