mutakhir

Cara mudah menang hadiah lumayan

Oleh Vivo Malaysia

Kuala Lumpur: Kemeriahan menyambut Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi pasti lebih bermakna apabila menang hadiah lumayan barang kemas bernilai RM5,888.

Caranya cukup mudah, hanya perlu menyertai peraduan Golden Suprise yang dianjurkan Vivo Malaysia bermula 19 Januari hingga 6 Februari dan pelanggan berpeluang menang barang kemas atau wang tunai sehingga RM5,888.

Apa yang perlu dilakukan ialah beli telefon pintar keluarannya di semua Kedai Konsep Vivo, pengedar sah, rakan kerjasama dan secara talian di Lazada, Shopee, 11 Street, Lmall atau di http://www.vivostore.com.my.

Sebaik pembelian dibuat, pelanggan hendaklah mendaftar dan mengisi borang untuk melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah.

Peraduan mungkin memberi peluang kepada anda memenangi hadiah utama serta banyak lagi hadiah lain dari Vivo.

Jangan risau, kerana anda boleh mengetahui keputusan cabutan bertuah serta-merta.

Antara pilihan telefon pintar keluarannya ialah Vivo V11 yang dijual pada harga RM1,699. Ia hadir dengan teknologi pengimbas cap jari dalam paparan yang memudahkan pengguna membuka kekunci melalui skrin.

Ia dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED dan Paparan Penuh Halo. V11 menggunakan pemproses Snapdragon 660 AIE bersama 6GB memori dan storan sebesar 128GB.

Vivo V11i, telefon pintar dengan teknologi kamera AI pula dijual pada harga RM1,099. Ia mempunyai gabungan kamera belakang 16MP + 5MP.

Selain hadir dengan 4GB memori dan 128GB storan, ia juga dilengkapi teknologi pengecasan pantas dan cepat.

Telefon ini dilengkapi dengan Starry Night dan Nebula. Menariknya, V11 dan V11i dikawal dengan kuasa algoritma AI yanga mana mampu menghasilkan kesan bokeh artistik dengan mudah.

Siri V11 dilengkapi dengan mod AI backlight, mod cahaya AI rendah, pengiktirafan pemandangan AI dan bingkai potret AI yang memudahkan anda merakam setiap detik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Digi dan Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Disiarkan pada: January 24, 2019 @ 4:18pm
d