mutakhir

Bantuan sara hidup 'auta'

Oleh BERNAMA

WARGA emas berusia 68 tahun kerugian RM9,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan bantuan sara hidup di Sarikei semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak, Mustafa Kamal berkata, ketika kejadian suri rumah yang berada di Pasar Sentral itu didatangi wanita yang menerangkan cara mendapatkan bantuan sara hidup.

“Selepas itu, mangsa diajak suspek masuk ke dalam sebuah kereta bersama dua lelaki yang tidak dikenali ke satu destinasi untuk menguruskan proses bantuan itu.

“Mangsa kemudian dibawa ke Pangkalan Feri Lama di Sungai Nyelong dan diarahkan menyerahkan barang kemas, buku bank, kad ATM, kad pengenalan, kunci rumah dan tablet sebelum ditinggalkan di situ,” katanya hari ini.

Mustafa berkata, menyedari dirinya ditipu, mangsa bertindak membuat laporan polis.

Disiarkan pada: January 25, 2019 @ 10:08pm
d