mutakhir

Mayat dalam kereta

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

MAYAT lelaki berusia 27 tahun ditemui dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan berdekatan Pusat Rekreasi Jeram Toi, Jelebu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mayat lelaki tempatan itu ditemui anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu pada jam 10.30 pagi.

Katanya, polis kemudian menghubungi pihak unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bagi menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan berasal dari Titi dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” katanya.

Disiarkan pada: January 27, 2019 @ 1:41pm
d