mutakhir

Kaki judi dicekup

Oleh BERNAMA

POLIS menahan 16 warga tempatan termasuk penganjur judi dalam serbuan Op Dadu di sebuah premis di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita berusia antara 31 hingga 68 tahun.

“Dalam serbuan ini, kita merampas 251 batu mahjong, 15 chip merah dan tiga chip kuning besar masing-masing dengan nilai RM10 setiap satu, 29 chip kuning kecil dengan nilai RM1 setiap satu,18 chip hijau dengan nilai RM5 setiap satu dan enam biji dadu.

“Selain itu, kita turut merampas empat meja kayu lipat, 12 kerusi plastik dan wang tunai RM1,556 serta $40 Singapura,” katanya hari ini.

Md Yusof berkata, kes disiasat mengikut Sesyen 4(1)b Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Sesyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Disiarkan pada: January 28, 2019 @ 11:19am
d