mutakhir

Wanita maut, lelaki cedera dalam kebakaran

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

SEORANG wanita maut, manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.13 tengah hari itu, mangsa yang maut ditemui di atas katil sebuah bilik, manakala mangsa yang cedera iaitu seorang lelaki ditemui dalam bilik air.

Jurucakap bomba berkata, terdapat dua mangsa dalam rumah itu ketika kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah teres setingkat berkeluasan 74.31 meter persegi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Disiarkan pada: January 28, 2019 @ 3:33pm
d