mutakhir

Pemuda serang dengan parang ditahan

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

PEMUDA yang menyerang seorang peniaga menggunakan parang sehingga menerima 10 jahitan di kepala, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Dia yang berusia 21 tahun ditahan dalam Op Tebuk/Samun di rumahnya di Seberang Takir, Kuala Nerus pada 12.10 tengah malam.

Menurut sumber, suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Difahamkan, tertuduh menyerang mangsa berusia 19 tahun dalam kejadian pada 18 Januari lalu selepas mangsa dikatakan mencuri telefon bimbit teman wanitanya.

“Mangsa menafikan tuduhan suspek dan mengaku membeli telefon jenama iPhone 5S daripada teman wanita suspek di sebuah rumah kedai di Kampung Batin, Kuala Nerus sebelum ini.

“Tindakan suspek menyebabkan mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut dan menerima 10 jahitan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/ Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini

Disiarkan pada: January 28, 2019 @ 5:56pm
d