mutakhir

[UPDATE] Lelaki terjun jambatan ditemui lemas

Oleh Siti Rohana Idris

HAMPIR enam jam operasi mencari dan menyelamat mangsa terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, pagi tadi berakhir dengan penemuan mayatnya jam 6.03 petang ini.

Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa jatuh dalam keadaan meniarap.

Ketua Zon Kota Bharu, Penguasa Kanan Bomba II, Syobirin Abd Kadir berkata, seramai lapan anggota PPDA dari Balai Bomba Kota Bharu dan Tumpat terbabit dalam operasi pencarian.

“Operasi membabitkan pencarian menerusi permukaan sungai dan selaman yang dibuat sebanyak dua kali oleh dua pasukan PPDA.

“Operasi selaman ditumpukan di sekitar lokasi mangsa tenggelam sebelum menemui mangsa kira-kira 10 meter dari lokasi jatuh,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Kaanya, mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

Dalam kejadian jam 11.49 pagi, mangsa yang berasal dari Pasir Mas meluru keluar dari kereta dipandu ibunya secara tiba-tiba sambil memberitahu akan terjun ke dalam sungai.

Dua individu yang juga penunggang motosikal cuba menahan dan memegang mangsa namun gagal selepas mangsa terjun ke dalam sungai.

Berita berkaitan

Bakpo mung terjun?

Disiarkan pada: January 28, 2019 @ 7:47pm
d