mutakhir

Jalan sesak 9 kilometer

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

KEMALANGAN membabitkan lori membawa muatan plat besi dengan lori kontena di Kilometer (KM) 16, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara dekat Putrajaya, hari ini mengakibatkan kesesakan trafik hampir sembilan kilometer.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya memaklumkan, dalam kemalangan 3.45 petang itu, lori dengan muatan plat besi itu terbalik dan melintang di lebuh raya berkenaan menyebabkan lorong kiri dan lorong tengah terhalang.

Jurucakap LLM berkata, lori yang membawa muatan plat besi itu dalam perjalanan dari arah Putrajaya ke Bandar Saujana Putra dan bergesel dengan lori kontena menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik.

“Kerja pembersihan dan pengalihan lori masih dijalankan ketika ini," katanya ketika dihubungi.

Disiarkan pada: January 29, 2019 @ 5:23pm
d