mutakhir

Maut langgar tiang tol

Oleh Mohd Sabran Md Sani

WANITA berusia 28 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar tiang rumah tol di Kilometer 8, Plaza Tol Kempas Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Johor Bahru, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa, Tan Kuok Wee disahkan meninggal dunia di tempat kejadian jam 3 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu dari arah utara terbabas sendiri.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa yang beralamat di Jalan Nagasari 14, Segamat Baru melanggar tiang rumah Plaza Tol Kempas,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: January 30, 2019 @ 10:12am
d