mutakhir

Mayat reput ditemui dalam semak [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

MAYAT reput dan berbau dipercayai lelaki ditemui di kawasan semak di Hala Jati Meru 9, berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang, Ipoh hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) jam 9.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit.

“Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Jantina mangsa masih belum dikenal pasti tetapi dari segi pakaian kelihatan seperti memakai pakaian lelaki,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini penemuan mayat itu diklasifikasikan kes mati mengejut sementara menunggu hasil laporan bedah siasat.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.

Disiarkan pada: January 30, 2019 @ 3:52pm
d