mutakhir

Maut dalam hotel

Oleh Hadzlihady Hassan

MAYAT lelaki warga Amerika Syarikat ditemui dalam bilik sebuah hotel di Jalan Penang, Georgetown hari ini.

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, mayat James Edward Mahoney, 67, ditemui pekerja yang mahu mencuci bilik terbabit sebelum dia melaporkannya kepada pengurusan hotel.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Mangsa didapati mendaftar masuk ke hotel berkenaan semalam dan pekerja hotel menemui mayatnya dalam keadaan terbaring di atas katil.

“Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Difahamkan, mangsa mendaftar masuk ke hotel terbabit sejak semalam dan polis turut menemui beberapa jenis ubat di sisi mayat.

Disiarkan pada: January 30, 2019 @ 6:32pm
d