mutakhir

[UPDATE] Dua waris beri sampel DNA

Oleh Farah Suhaidah Othman

DUA lelaki dipercayai waris tampil ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, hari ini, bagi membantu polis mengesahkan identiti lelaki yang mayatnya ditemui di kawasan semak di Jelapang, dekat ini, semalam.

Mayat yang dikenal pasti sebagai Wan Izani Mustaffa, 46, dipercayai mangsa bunuh berikutan penemuan pisau pemotong sayur berukuran 20 sentimeter di belakang badan serta kesan tikaman pada bahagian hadapan perut kirinya.

Setakat ini, identiti itu diketahui berdasarkan penemuan lesen memandu dan kad pengenalan dalam saku pakaian yang ditemui pada mayat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, dua lelaki yang mengaku abang kepada mangsa hadir di Jabatan Forensik HRPB 9 pagi hari ini bagi melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Sampel DNA kedua-dua lelaki berusia 53 dan 57 tahun itu sudah diambil bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh agak lama, namun ia bergantung kepada pihak hospital yang menjalankan ujian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Ali berkata, polis membuat siasatan bagi mengesan waris berikutan mangsa dipercayai sudah lebih seminggu meninggal dunia.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

[UPDATE] Mangsa dipercayai dibunuh...

Mayat reput ditemui dalam semak [METROTV]

Disiarkan pada: January 31, 2019 @ 7:46pm
d