mutakhir

Warga emas maut nahas

Oleh Rosli Ilham

WARGA emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan di persimpangan tiga Jalan Baiduri, Kampung Besul, Bukit Besi, Dungun, petang hari ini.

Zulkifle Md Zin, 59, mati di tempat kejadian akibat parah pada kepala dalam kemalangan jam 4.15 petang itu.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Honda Wave yang ditunggangi mangsa dikatakan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar papan tanda di situ.

Mangsa yang berasal dari Kampung Besul dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya untuk melawat kakaknya yang tinggal di Taman Ketengah, tidak jauh dari situ.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Besi yang dipanggil ke tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan keluarga mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: January 31, 2019 @ 8:28pm
d