mutakhir

Kecoh Pertama Kompleks terbakar! [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KEBAKARAN kipas ekzos (exzos fan) pada dapur sebuah restoran di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur, menyebabkan kawasan itu dipenuhi dengan asap tebal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 petang hari ini. "Seramai 40 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Titiwangsa dan BBP Sentul dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati kawasan itu dipenuhi dengan asap tebal. Pemeriksaan lanjut mendapati asap tebal itu berpunca daripada kebakaran kipas ekzos pada dapur sebuah restoran di kompleks berkenaan terbakar," katanya.

Menurutnya, api berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian.

"Tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Disiarkan pada: February 1, 2019 @ 5:14pm
d