mutakhir

ECRL masih tanda tanya

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

TUN Dr Mahathir Mohamad menjelaskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan.

Perdana Menteri berkata, beliau masih tidak boleh memaklumkan status perkembangan projek berkenaan kerana masih menunggu keputusan perbincangan itu.

“Saya tidak boleh cakap apa yang berlaku kerana masih tunggu keputusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Ditanya bila keputusan itu akan diumumkan, Dr Mahathir berkata ia akan diumumkan secepat mungkin.

Ditanya sama ada beliau mahu menerima cadangan China bagi mengurangkan separuh kos ECRL kepada separuh, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mahu membuat ‘andaian secara hipotesis’.

Disiarkan pada: February 1, 2019 @ 10:01pm
d